Inilah antara kenangan manis ketika zaman persekolahan dahulu. 1995 pertama kali diri ini menceburkan diri dalam pertandingan pesta pantun. Haa...mamat handsome sebelah saya nilah orangnya yang telah mendorong dan memberi galakan untuk saya memasuki pertandingan Pesta Pantun antara sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan. Kami juara Zon Sentul pada 1995 dan mendapat tempat ketiga di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Oleh kerana kejayaan yang begitu membanggakan, saya sanggup masuk Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Tinggi Setapak selama beberapa bulan sahaja semata-mata ingin masuk Pesta Pantun lagi. Kami juara Zon Keramat dan naib juara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Pesta Pantun 1996. Kenangan yang cukup manis buat saya bersama teman baik saya ini -> Mohd Rudy Khairuddin Mohd Nor.
Berdiri : Norhayati, Khatijah, Hapida, Nur Hanani, Zakiah, Siti Sarah, Nurizzah, Karimah dan Aznor.
Duduk : Idham Kadri, Pushpanathan dan Azlan.
Gambar ini diambil ketika kami sedang sibuk mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akhir. Sahabat-sahabat dalam UsmDGroup ini telah banyak membantu saya sewaktu pengajian di Fakulti Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia 1999-2002. Semoga anda semua berbahagia dengan tugas dan pengajian (bagi yang masih study) masing-masing. Kalau ada berita-berita penting ke, kad undangan ke..jangan lupa kirim kat saya... :)
Percutian kali pertama saya ke Pulau Tioman ditemani sahabat-sahabat dari ITTAR (Intan, Yati, Pooh, Norli dan Mieza). It was a lovely vacation trip and hopefully we can enjoy the same excitement next time...
|